Gambar.

Tuesday, February 9, 2010

SUKARELAWAN FRIENZ SHAH ALAM.



CONTOH KAD KEAHLIAN

Monday, February 1, 2010

Maklumat Lanjut

Pendaftaran Keahlian
Boleh dibuat di kaunter Jabatan Korporat. Di dalam borang keahlian, bakal ahli boleh memilih skop program berdasarkan kemahiran dan kecenderungan seseorang.

  • Hak-Hak Sukarelawan
  • Mempunyai harga diri dan wajar dihormati
  • Harus dimaklumkan tentang polisi dan prosedur
  • Harus diberikan latihan atau taklimat sebelum sesuatu aktiviti dijalankan
  • Harus diberi panduan, tunjuk ajar dan pengawasan
  • Tiada kepentingan tersendiri semasa menyertai aktiviti sukarelawan
  • Diberi saguhati untuk kos perlu seperti kos petrol/ tambang dan makan/ minum
  • Dilindungi insuran (Personal Accident)
  • Tanggungjawab Sukarelawan
  • Menjaga nama dan imej Majlis Bandaraya Shah Alam
  • Tidak boleh menyaman Majlis Bandaraya Shah Alam
  • Komitmen yang tinggi walaupun hanya sukarelawan
  • Menjalankan tugas seperti diarahkan
  • Menghadiri latihan dan taklimat
  • Menjaga perilaku/tiada pergaulan bebas tanpa kawalan
  • Menjalankan tugas dengan jujur dan amanah
  • Bebas dari dadah atau alkohol
  • Rela/bersedia untuk ditegur
  • Menjadi rakan pembimbing kepada remaja/rakan sebaya
  • Identiti

Sebagai penggerak atau sayap kepada Majlis Bandaraya Shah Alam, FRIENZ® harus mempunyai identiti dan perlu dihebahkan sebaik yang mungkin bagi kesedaran masyarakat. Oleh itu setiap ahli FRIENZ® akan dibekalkan dengan kemeja T dan pengenalan diri (ID).

Pihak Majlis akan menyediakan ruang/bilik untuk menyelaras aktiviti FRIENZ® .
Pemberhentian Sukarelawan

Sekiranya berlaku salah laku dan sesuatu perkara di luar kawalan Urusetia akibat dari sukarelawan itu sendiri, sukarelawan tersebut harus diberhentikan bagi menjaga nama baik Majlis.
Rewards

Bagi menarik minat remaja untuk menceburi program ini, dicadangkan agar beberapa reward disediakan untuk mereka iaitu:-

  • Dapat menggunakan pusat akuatik secara percuma
  • Mendapatkan pelepasan diskaun sebanyak 15% untuk memasuki Wet World Shah Alam (masih dalam perbincangan)
  • Peluang untuk membina kerjaya di MBSA bagi yang layak, minat dan aktif.
  • Pertimbangan 50% untuk kadar sewa dewan-dewan di bawah seliaan Majlis.
  • Setiap ID ahli akan dibekalkan dengan sistem 'reward' bagi membolehkan mereka membuat pengumpulan mata ganjaran untuk pertukaran dengan barangan di pusat-pusat membeli belah atau di kedai buku yang dikenalpasti dengan nilaian tertentu
  • Anugerah Idola Belia/Beliawanis Tahunan anjuran MBSA
  • Sijil Pengiktirafan
Golongan Sasar

Sesiapa sahaja pemastautin Shah Alam dan gemar kepada kerja-kerja kebajikan dan boleh membantu meningkatkan persekitaran yang bersih serta komuniti yang sihat dan selamat.
Sungguhpun tiada sempadan kepada sesiapa yang ingin terlibat namun para belia berusia di antara 12 hingga 40 tahun menjadi golongan sasar atas alasan-alasan berikut:-
  1. Golongan yang mudah dibentuk
  2. Memberi pendedahan kepada program yang berfaedah
  3. Mengasah bakat dan keupayaan mereka
  4. Dapat mengurangkan gejala sosial dengan memenuhi masa senggang mereka
  5. Mempunyai daya pengaruh yang tinggi di kalangan rakan sebaya
  6. Keutamaan kepada warga Shah Alam
Skop

Skop Sahabat Shah Alam FRIENZ®

Urusetia mencadangkan enam skop bagi pelaksanaan program FRIENZ® bagi memudahkan pengkhususan kerja-kerja sukarelawan iaitu: