Latarbelakang
FRIENZ® adalah lanjutan dari penubuhan Kelab Remaja 1221 yang dibuka kepada remaja yang berusia di antara 12 hingga 21 tahun. Kelab ini ditubuhkan pada tahun 1995 dan sehingga kini mempunyai lebih kurang 600 keahlian. Pada masa ini aktiviti kelab hanya tertumpu kepada program-program akedemik, perkhemahan dan motivasi.
Memandangkan program ini adalah sangat murni dan dapat membina sahsiah diri, Jawatankuasa Sosial Mampan ingin mencadangkan agar program ini diteruskan dengan memperluaskan skop serta sasaran keahliannya.
Dengan memperluas skop dan sasaran, dijangkakan akan menjadikan program ini lebih menarik dan melibatkan semua peringkat lapisan masyarakat sungguhpun sasaran utama adalah para belia. Di Shah Alam terdapat beberapa Institut Pengajian Tinggi awam dan swasta yang merupakan satu aset kepada masyarakat Shah Alam. Untuk makluman, pergerakan sukarelawan mendapat sambutan yang sangat baik di negara-negara maju.